top of page
Search

What Should We do When People Suddenly Doesn't Like Us?

Updated: Mar 13, 2020


gif

Pernah tak jadi dalam hidup kalian dimana tiba-tiba kalian rasa tidak disukai oleh orang lain, tiba-tiba dijauhi padahal semalam semuanya baik-baik saja? Apa agaknya perasaan kita bila perkara macam tu berlaku kan? Seandainya kita sememangnya tidak melakukan kesilapan, kenapa mahu bersedih? Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Jika mereka membenci kita dan menyakitkan hati kita, itu dosa mereka. Kita tak rugi apa-apa, yang perlu kita sedih bukan sebab mereka membenci kita tetapi jika kita membenci orang dan cuba menyakitkan hati mereka. Kerana perbuatan itu akan membuatkan kita hampir dengan dosa.


1. Cukuplah Berbakti Kepada Orang Yang Wajib.

Jika kita mempunyai kawan yang menyakitkan hati, abaikan sahaja dirinya. Cukuplah berbakti kepada orang yang kita perlu taat seperti ibu ayah, taat suami bagi seorang isteri dan taat kepada Allah sebagai seorang manusia. Mereka yang tidak tersenarai dalam rantaian kewajipan kita untuk taat itu kita boleh abaikan sahaja.


2. Biarlah semua kenalan menolak kita yang penting kita jaga suami kita dengan baik (Khas bagi yang sudah berkahwin).


3. Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita yang penting kita tidak meninggalkan keluarga.


4. Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita yang penting kita tidak memutuskan tali silaturrahim.


5. Biarlah seluruh umat menyakitkan hati kita yang penting kita tidak menyakitkan hati Allah.


Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa. Namun seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia. Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.

 “Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.”– Imam Al-Ghazali

P/s the content above are not mine. I took this content from google and edited a bit because I think this content might be helpful to others because it helps me too. :)



 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2020 by kaivelvet. Proudly created with Wix.com

bottom of page